My Book

coustumer


Make Widget

My merquee

oke kan


















ikuti saya





http://jamaluddinassumiah.wordpress.com

Kamis, 11 April 2013

JODOHKU DITANGAN TUHAN


Maka Berdoalah!
Ya Allah sekiranya jodoh aku jauh, kau dekatkanlah. Sekiranya jodoh aku sukar, kau permudahkanlah dan jodohkanlah aku dengan wanita yang solehah.
Ya Allah dekatkanlah diriku dengannya sekiranya dia jodohku dan sekiranya dia bukan jodohku, maka jauhkanlahku daripadanya. Serta peliharalah daku dari kekecewaan andai dia bukan jodohku.

Yakinlah bahawa lelaki yang baik untuk wanita yang baik.
Kita sebagai umat Islam dan percaya bahawa doa adalah senjata bagi orang mukmin. Kerana dengan doalah dapat mengubah takdir yang telah ditentukan keatas diri kita dengan keizinan dariNya.
Dalam Al-Quran banyak ayat yang menyuruh kita sentiasa melazimi dengan berdoa, antaranya :
Firman Allah : “Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah) akan memperkenankan doa permohonan kamu…” (Surah al-Ghafir, ayat 60)
Berdoalah dengan setulus hati dan bersungguh-sungguh kerana kita yakin bahawa jodoh itu di tangan tuhan, kita sebagai hambanya wajib berusaha sedaya yang mungkin.
Ampunkanlah hambamu ini Ya Allah jika kami kekadang leka untuk mengingatiMu Ya Allah dan bukan hanya ketika ini sahaja mengigatimu.
Kalau tiba masanya, Jodoh tidak akan kemana.
Memang benar dan pasti bahawa jodoh dan pertemuan kita itu takdir ketentuan dari Allah. Namun ketentuan ini tidak menafikan usaha dan iktiar.
Na’am. Ikhtiar,usaha dan munajat serta titipan doa tiada habis-habisnya dipohon kepadaNya. Tak usah membandingkan diri ini dengan orang lain, kerana Allah pasti serta akan  memberikan yang terbaik untuk setiap hambaNya, meski dia tidak menyedarinya.
Usahlah dirimu bersedih lalu menangis di penghujung malam kerana  memikirkan siapa kiranya pasangan hidup. Menangislah kerana air mata permohonan kepadaNya di setiap sujud dalam malam tahajut cinta denganNya.
Bertahajutlah memohon dariNya.
Jadikan hidup ini selalu penuh dengan sangka baik kepadaNya. Bersiaplah menghadapi putaran waktu serta masa, hingga setiap gerak langkah serta  nafas adalah dikira sebagai ibadah disisi Allah.
Sabarlah andainya pencarianmu belum juga dipertemukanmu dengan jodoh tersebut, mungkin penantian ini adalah ujian keatas ketaqwaanmu, mujahadahlah dan istiqomahlah di jalan-Nya.
Bukankah kalau sudah saatnya tiba, jodoh tak akan lari kemana. Kerana sejak roh telah bersatu dengan jasad, siapa jodoh mu telah dituliskanNya.

Doa diatas  ada di dalam buku bertajuk Ikhtiar Penyembuh Penyakit oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din, terbitan Darussyifa’.
Khusyu’ dalam berdoa serta berharap kepada Allah bahawa doa kita pasti dikabulkanNya. Cepat atau lambat?
Itu urusan Allah yang mahu melihat hambanya itu betul-betul berdoa kepadanya.
Wallahualam.

0 komentar:

Posting Komentar

follow me

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes